3 ORANG PERTAMA MASUK NERAKA

Abu Hurairah menceritakan tentang sabda Rasulullah SAW tentang 3 golongan yang pertama masuk neraka. Terdapat 3 orang sedang menunggu amalan mereka dihisab. Mereka sangat yakin akan menjadi penghuni syurga.
.
Orang pertama dipanggil untuk dihisab. Dia adalah seorang lelaki yang mati di medan peperangan. Allah SWT bertanya,”Apa yang telah kau perbuat dengan berbagai nikmat itu?” Lelaki itu menjawab, “Saya telah berperang kerana-Mu sehingga saya mati syahid.”

Allah SWT berfirman: “Kau telah berdusta! Kau berperang agar namamu disebut sebagai orang yang berani.” Lelaki itu diseret wajahnya dan dilemparkan ke neraka jahannam.
.
Orang kedua pun dipanggil. Dia merupakan seorang alim ulama yang mengajarkan al-quran kepada manusia. Allah bertanya, “Apa yang telah engkau perbuat berbagai nikmat itu?” Ulama itu menjawab, “Saya telah membaca, mempelajari dan mengajarkannya al-quran kerana Engkau.”

Namun Allah berfirman, “Kamu berdusta! Kau mempelajari ilmu agar disebut sebagai seorang alim dan kau membaca al-quran agar kamu disebut sebagai seorang qari.” Lelaki itu diseret wajahnya dan dilemparkan ke neraka jahannam.
.
Orang ketiga pun dipanggil. Kali ini dia merupakan seorang yang sangat kaya. Allah pun bertanya, “Apa yang telah engkau perbuat dengan berbagai nikmat yang Aku beri?” Orang kaya itu menjawab, “Saya tidak pernah meninggalkan sedekah dan infaq di jalan yang Engkau cintai, melainkan pasti aku melakukannya semata-mata kerana Engkau.”

Allah SWT berfirman,“Kau berdusta! Kau melakukannya kerana ingin disebut sebagai seorang dermawan.” Lelaki kaya itu pun diseret dan dilempar ke neraka.
.
Di mata manusia, mereka adalah yang paling taat dengan perintah Allah. Tetapi Allah SWT Maha Mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati setiap makhlukNya

More From My Blog