Selain puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis, puasa Hari Putih juga termasuk antara puasa yang amat digalakkan dalam Islam.
Puasa Hari Putih yang jatuh pada 13, 14 dan 15 haribulan dalam bulan Islam (Hijiriah) juga digelar sebagai Ayyamul Bidh dalam Bahasa Arab.
3 hari ini afdal untuk berpuasa kerana malam hari tersebut bulan mengambang dan cahaya bulan terang benderang. Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA:
“Rasululullah meminta aku melakukan tiga perkara, iaitu puasa selama tiga hari pada setiap bulan, solat Dhuha dua rakaat dan solat Witir sebelum tidur.”
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
Disebut juga dalam hadis lain, daripada Qatadah bin Milhan RA, katanya:
“Rasulullah SAW menyuruh kami berpuasa pada hari-hari putih, iaitu 13, 14 dan 15 haribulan. Baginda juga bersabda: Puasa tiga hari tersebut seolah-olah puasa sepanjang tahun.”
[Riwayat Abu Daud]
Walau bagaimanapun, puasa pada 13 Zulhijjah adalah diharamkan berpuasa kerana merupakan Hari Tasyrik