Kenapa sampai 17x di setiap solat kita minta pada Allah swt agar tidak masukkan kita ke jalan seperti orang yahudi dan nasrani ini?
[Surah al-Fatihah: 7]
–
Apakah gaya hidup mereka sehinggakan Allah mengatakan mereka adalah golongan yang dimurkai dan sesat?
–
Untuk orang YAHUDI, mereka akan mendahului hawa nafsu mereka berbanding mengikut syariat agama. Bukankah kita biasa melakukan ini?
–
Untuk orang NASRANI pula, mereka sentiasa melakukan perkara bid’ah yang bertentangan dengan syariat dan beribadat dalam keadaan jahil.
–
Mereka tahu akan kebenaran dan ada sumber yang sahih, tapi mereka merasa lazat dengan kejahilan tersebut dan melaziminya.
[Kitab al-Quran Tadabbur Wa ‘Amal: Surah al-Fatihah]
–
Sebenarnya dalam tak sedar kita sedang mengamalkan gaya hidup mereka ini dalam kehidupan seharian khususnya dalam pengamalan islam.
–
Usahalah jadikan ayat yang acapkali dibaca ini meresap dijiwa lalu diterjemahkan dengan pengamalan yang sempurna.
–
Wallahu’alam
–
Kredit: Zon Kuliah